Menjadi bidadari bagi suami di dunia dan akhirat, adalah cita-cita tertinggi seorang wanita yang bergelar isteri. Walaubagaimanapun, Allah sudah menjanjikan bidadari-bidadari di syurga bagi para suami yang soleh. Tidak cemburukah para isteri jika peranannya digantikan oleh wanita-wanita lain yang kebetulan seorang bidadari di akhirat kelak? Isteri atau wanita pendamping suami ketika hidup di dunia adalah lebih tinggi darjatnya dibandingkan dengan bidadari-bidadari syurga, kerana ibadahnya kepada Allah. Wanita dunia menjalankan solat dan semua amalan ibadah lainnya, sedang bidadari syurga tidak.
Al-Qur'an maupun hadith Rasulullah SAW banyak menyebutkan tentang penamplilan  bidadari syurga. Teramat banyak ilustrasi indah yang dinyatakan untuk   menggambarkan bidadari syurga. isteri-isteri yang disediakan oleh Allah tersebut, yang dinyatakan berjumlah '72', adalah wanita abadi dan suci, cantik jelita nan lembut gemalai… Tiap kali berkumpul bersama mereka tidak ada kata bosan dan kesunyian. Jika bidadari menampakkan wajahnya, terpancarlah keindahan antara langit dan bumi. Bidadari yang sempurna, indah perangai, indah segala. Mereka tidak pernah disentuh oleh penghuni-penghuni syurga   selain suaminya. Ketika seorang mukmin masuk syurga bidadari akan  menyambutnya dengan pelukan hangat dan erat dengan jari dan telapak tangan yang lembut dan indah. Mereka selalu bernyanyi riang gembira, tiada sedih   tiada duka, mereka menyanyikan lagu-lagu, tasbih, tahmid, serta pujian  kepada Allah. Jika bidadari syurga ke bumi nescaya wanginya akan memenuhi   seluruh bumi… Subhanallaah...
Adalah tugas besar dan berat bagi seorang isteri untuk menjadi bidadari di  antara bidadari lain bagi suaminya. kerana hanya seorang isteri yang solehah yang kelak dapat menjadi ratunya bidadari syurga. Dengan kata   lain, seorang isteri haruslah masuk syurga, sehingga boleh mendampingi  suaminya. Disebutkan :
Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :
      "Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga   kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga." (HR.   Al-Bazaar).
Tapi bukan sebatas itu, banyak hal lain yang harus  diperhatikan dan diutamakan untuk dilaksanakan bagi seorang isteri agar dapat mendampingi suami di syurga, yakni :
      1. Senantiasa taat pada Allah. Segala ketentuan dan ketetapan Allah diterima dengan tulus ikhlas, tiada rasa berat di hati. Oleh kerananya, seorang wanita jika ingin menjadi bidadari dunia akhirat hendaknya boleh meminggir dirinya dari segala macam perbuatan maksiat dan durhaka.
      2. Membantu suami taat pada Allah. "Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman   yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya." (HR. Ibnu Majah  dan Tirmidzi).
      3. Yang termasuk ciri isteri yang solehah yang akan menjadi ratunya   bidadari di syurga nanti adalah yang taat kepada suaminya bahkan dikatakan tidak dianggap taat kepada Allah jika tidak mau taat kepada suaminya dalam hal yang baik.
      4. Bersikap sebagaimana isteri yang solehah terhadap suami, yang diwujudkan dengan sikap antara lain : menghargai suami, selalu bersikap lembut dan sopan di hadapan suami, menampakkan pandangan yang teduh dan tenang, senantiasa bertutur lembut dan manis, selalu berkata yang baik, merdu dan riang kepada suami, menghiburnya setiap saat, selalu berhias dan menjaga kecantikan dirinya untuk suami, dan lain sebagainya.
      Telah banyak keterangan sebagai panduan bagi seorang isteri dalam bersikap kepada suami. Diantaranya :
      "Sebaik-baik wanita adalah yang jika engkau melihatnya, akan membahagiakan   dirimu, jika engkau memerintahnya akan mentaatimu, dan jika engkau tidak   berada di sampingnya ia akan menjaga hartamu dan dirinya sendiri." (HR. Ibnu Jarir dan Nasa'i dari Abu Hurairah ra).
      Ali bin Abi Thalib berkata tentang isterinya (Fathimah ra) : "Ketika aku memandangnya, hilanglah kesusahan dan kesedihanku."
      "Hak suami terhadap isterinya adalah sekalipun seandainya terdapat luka pada kulitnya kemudian isteri menjilatinya selama itu dapat memenuhi hak-hak suaminya maka lakukan." (HR. Hakim dari Abu Sa'id Al-Khudri ra).
      "Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, kalau tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya : Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang   sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami." (HR. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu'adz bin Jabal ra).
      Seorang isteri hendaklah selalu menyambut dengan sikap penuh kehangatan   ketika suami memasuki rumahnya kerana inilah sambutan bidadari syurga. Dia   melayani dan membahagiakan suaminya selama di sisinya. Ia sadar telah   ditakdirkan Allah sebagai pendamping sekaligus pelayan bagi suaminya.
      Dari semua keterangan di atas menunjukkan betapa besarnya peranan isteri terhadap suami. Isteri yang solehah tentu harus paham akan hal ini. Oleh kerana itu, para isteri hendaknya senantiasa berhati-hati dalam bersikap kepada suami, kerana jika salah melangkah boleh membawa ke neraka dan sebaliknya jika betul langkahnya boleh menghantarkan ke syurga dengan rahmat Allah.
WALLAH HU ALAM
No comments:
Post a Comment