Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Bila terbaca tajuk di surat khabar online, aku tertanya-tanya kenapa la jadi macam nie ? Nampak sangat org bumiputra takde duit nak simpan kat sini. Atau depa semua pi simpan dalam akaun bank.

Berapa % bank bagi kalau kita pi simpan di situ ? Simpan di PNB pon boleh. Lagi masyuk. Aku sendiri pon dah paksa diri nie simpan di PNB.

Dapat gaji, simpan dulu di PNB, kemudian lebih tu pi la belanja dan bayar hutang2. Tak susah pon. Apa lagi nak komplen ?

Gaji plak masuk maybank. Dgn maybank2u aku leh simpan dalam PNB. Caj cuma RM1.00. Kalau isi minyak kereta pon tak sampai nak pi PNB. Lagi baik mcam nie. Tak payah nak beratuq or tunggu Q panjang2. Dok depan PC pon bleh simpan duit. Kalau simpan byk, simpan ler sikit2. Lama2 dia banyak la. Kalau tak simpan langsung, bila nak banyak ?

Aku tgk pikiaq pasai pa org bumiputra aka melayu nie tak mo simpan kat PNB ? (ASB / ASW)

Banyak pekdahnya simpan kat situ. Dividen pon stabil. Mudah. Takde ler nak charger yg bukan2. La nie macam nie, mai kita pakat2 pi bagi penuh akaun ASB kita. Setahu aku sorang maximum RM200 ribu. Banyak tu. Kalau dividen 7% setahun dah dapat berapa dah?

Aku la nie.. Dapat gaji simpan sikit dalam ASB melalui maybank2u. Kalau tak dak maybank2u, pi la pejabat pos ka, CIMB ka, RHB ka takpon pi Maybank. Di situ bleh simpan / melabur di PNB.

Utk ASW plak, aku keluarkan sebanyak mungkin akaun KWSP aku simpan dalam ASW. Kalau di KWSP dividen 2008 pon baru 4.5%. Tapi dividen ASW 7%. Lagi untung. Biaq pi la kalau tak buleh kelaur duit tu la nie pon. Tapi kalau lagi 20 thn, duit tu dok beranak.. Lagi ramai la duit dok dlam tu. Sekupang pon depa tak charge.

Dulu masa aku tak cerdik, aku pi letak kat Unit trust sbb depa kata untung. Dividen tinggi. La nie amik. Takdak untung pon. Tak pa la tak byak sangat. Aku monitor la.. Kalau tak perform jugak, kena pindah la. Dah la tu, kena charge pulak 3%. Learn from my mistake.

Next step buka akaun utk anak aku plak. Sebabkan depa tu kecik lagi dan tak layak nak buka akaun ASB, jadi aku buka la akaun ASW. Jadi duit raya depa bleh simpan situ. Sebelum nie simpan di SSPN, bukan nya apa cuma nak kurangkan income tax saja. The rest tu simpan utk future depa.


Saham bukan bumiputera habis

JOHOR BAHRU 27 April - Dalam tempoh tiga jam 50 minit, kesemua 980 juta unit atau 49 peratus daripada 2 billion unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) yang diperuntukkan untuk langganan pelabur bukan bumiputera, telah habis dijual.

Malah di ibu pejabat Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), Kuala Lumpur orang ramai menunggu sejak pukul 4 pagi. Mereka beratur sehingga ke bangunan Tabung Haji untuk memastikan dapat melanggan unit amanah itu.

Di pejabat ASNB Kuching, Sarawak pula orang ramai beratur sepanjang 10 meter. Suasana di pejabat-pejabat ASNB di negeri-negeri lain juga hampir sama.

Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, ia merupakan satu maklum balas yang positif dan sambutan lebih baik berbanding sebelum ini,

"Bagaimanapun peruntukan 51 peratus kepada pelabur bumiputera masih boleh dilanggan," katanya ketika ditemui selepas majlis penutup Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di sini hari ini.

Sambutan luar biasa terhadap ASW 2020 di kalangan pelabur bukan bumiputera sudah dijangkakan kerana pada 2006 unit amanah itu habis dilanggan dalam tempoh 27 minit.

Pada tahun lalu, sebanyak 490 juta unit yang diperuntukkan untuk bukan bumiputera habis dijual dalam tempoh enam jam 10 minit.

ASW 2020 adalah dana ekuiti pendapatan berharga tetap yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur enam bulan ke atas.

Sejak ia dilancarkan pada Ogos 1996, secara puratanya ASW 2020 telah memberi pulangan pendapatan sebanyak tujuh peratus.

Mengulas tentang sambutan terhadap ASW 2020, beliau berkata, pelabur kali ini lebih bersedia untuk membuat pelaburan kerana PNB telah membuat pengumuman lebih awal.

Katanya, buat sementara ini PNB tidak berhasrat untuk meningkatkan lagi saiz ASW 2020 sebaliknya mahu menumpukan kepada portfolio saham amanah itu.

"Kalau kita meningkatkan saiz dana ASW 2020 susah juga kerana kita perlu menyeimbangkan portfolionya. Kalau terlalu banyak susah untuk menentukan dividen," jelas beliau.

Hamad Kama Piah menambah, PNB akan menimbang membuat pengumuman pelancaran unit-unit saham amanah lebih awal pada masa depan supaya pelabur cukup bersedia untuk membuat pelaburan.


di petik dari Utusan Online 28 April 2009

0 comments