Doktor Sakit TuanDOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby

JIKA anda menghadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit yang sukar diselesaikan, Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby sedia membantu. Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada :

Pengelola Ruangan Sakit Tuan, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
Faksimili:03-22848390
E-mel: sakittuan@hmetro.com.my


Tiada kerjasama layari bahtera


SOALAN

SAYA berkahwin tiga tahun dan dikurniakan dua cahaya mata. Masalah saya ialah isteri terlalu dingin untuk melakukan hubungan seks sehingga berminggu-minggu.


Apabila saya menyuarakan untuk bersama, pelbagai alasan diberi. Baginya, pergaulan zahir sudah memadai dan bahagia.

Saya terlalu tertekan berdepan masalah terbabit. Selain itu, jika kami bersama, isteri tidak memberi kerjasama dalam melayari bahtera. Hanya terbaring kaku dan memaksa saya menyudahkannya dengan segera. Apa perlu saya lakukan?

SUAMI RISAU
Ipoh, Perak


JAWAPAN


Isu isteri dingin seks punca utama suami main kayu tiga yang sering dan dibisikkan sesama wanita.

Isteri anda mungkin belum mendapat teguran daripada sesiapa. Mungkin tiada saudara yang menegur atau dia sendiri tidak peduli.

Anda berdua perlu mendapatkan nasihat seperti daripada jabatan agama bagi bimbingan betul untuk keharmonian rumah tangga.

Jika ia berterusan, seolah-olah isyarat jelas kepada isteri, anda menerima alasannya untuk tidak berintiman tanpa apa-apa keterangan atau maklumat memuaskan.

Tanda awal dingin memang wujud sejak peringkat awal lagi, cuma gagal dikesan pasangan.

Pada mulanya si isteri mengikut permintaan suami dan dia biasanya mengelak daripada berintiman dengan alasan sakit atau letih, terutama sekali ketika hamil atau selepas selamat bersalin. Jika suami berkeras, dia lakukan tanpa memberi ‘kerjasama’.

Hubungan keintiman seksual itu ‘ibadat’ dan ganjaran pahala melimpah, malah interaksi emosi dan fizikal yang berlaku dapat menyatukan lagi jiwa mereka.

Jika isteri ada masalah kesihatan, mengelak daripada berintiman bukan cara bijak. Dia perlu berjumpa doktor mendapatkan rawatan.

Kini ada pelbagai rawatan moden dapat membantu wanita yang mengalami masalah disfungsi seksual. Kepercayaan kuno yang dingin seks itu perbuatan orang hanya rekaan semata-mata.

Jika minda tidak dapat terima dan sikap tidak dapat diubah, keadaan akan menjadi buntu. Si suami tentu akan tertekan dan mungkin mencari wanita lain.


di petik dari : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/SakitTuan/20090322095103/Article/indexp_html

0 comments